Selamat Datang Ke Blog SMK Pamol

Blog Rasmi SMK Pamol
Tel/Fax : 089-515575
Email : smkpamolbeluran@gmail.com

Aug 12, 2010

Sinopsis


SMK pamol merupakan salah sebuah sekolah di daerah Beluran, Sabah. Sekolah ini berkedudukan lebih kurang 180 km dari bandar Sandakan dan 80 km dari pekan Beluran. Ianya dalam kawasan PPD Beluran yang mana merupakan salah sebuah sekolah yang berada di pedalaman.
Sekolah ini terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh IOI Group. Ianya boleh diakses melalui jalan darat dan juga jalan air. Melalui jalan darat perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari bandar Sandakan dengan laluan jalan berturap dan tidak berturap. Manakala jika melalui jalan air mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke pekan beluran menggunakan bot.
Sekolah ini berkapasiti 50 orang guru dan hampir 800 orang pelajar dilengkapi dengan asrama untuk lelaki dan perempuan bagi pelajar yang kediamannya jauh dari kawasan sekolah. Ia juga dilengkapi dengan 23 bilik darjah, makmal sains, fizik,kimia, makmal IT, pusat akses, surau, kantin, dewan makan bagi menampung pelajar daripada tingkatan 1 hingga 6 atas.
Sumber tenaga utama bagi sekolah ini adalah generator yang mana dihidupkan secara berkala mengikut jadual penggunaan tenaga elektrik yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan sumber bekalan air bersih juga diperoleh daripada kilang IOI yang membekalkan kepada pihak sekolah dengan kadar bayaran yang tertentu.
Dari segi populasi kaum pula, terdapat beberapa suku kaum iaitu Kadazan, Dusun, Bugis, Sungai dan sebagainya. Mereka menganuti agama Islam dan Kristian secara aman dengan peratusan lebih kurang 50-50.
Sekian...

Gambaran sekolah secara keseluruhan
Bilik APD
Pusat Sumber

Bilik Kaunseling


Bilik Guru


Makmal IT




Kantin

3 comments: