Selamat Datang Ke Blog SMK Pamol

Blog Rasmi SMK Pamol
Tel/Fax : 089-515575
Email : smkpamolbeluran@gmail.com

Aug 17, 2010

Netbook 1 Malaysia






Gambar di atas menunjukkan para pelajar berasak-asak untuk memastikan nama mereka tersenarai dalam pemberian netbook 1 Malaysia.
Seramai 526 pelajar SMK Pamol telah disenaraikan sebagai penerima netbook 1 malaysia daripada SKMM. Senarai pelajar ini adalah mengikut kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan sebagainya. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga 6 Atas.
Pemberian netbook ini merupakan langkah kerajaan untuk menaiktaraf pendidikan di kawasan pedalaman agar ianya seiring dengan era globalisasi. Seharusnya pelajar yang menerima sumbangan tersebut agar menggunakannya secara optimum ke arah kebaikan bukan hanya sekadar mendengar lagu, main game dan menonton wayang semata-mata.
Penggunaannya juga seharusnya selari dengan dasar Kerajaan yang mahukan pelajar di pedalaman mendapat manfaat daripada kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi walaupun sedikit terpinggir dari segi infrastruktur. Para pelajar yang mendapat sumbangan netbook ini disarankan agar menjaganya dengan baik dan menggunakannya ke arah untuk mencapai kecemerlangan.

3 comments:

  1. Wajarkah pberian ini??saya sbagai sorg plajar kurang bsetuju dgn pmberian netbook kpda para plajar.tidak dinafikan ianya mberikan manfaat tp kbrukanny lebih byak dpta dilihat..kita lhat saja hasilny kmdian...cuma harapan sya pljar SMK Pamol tidak myia2kan pluang tsbut dan memanfaatkan apa y dberikan kpda mereka..mhon krjasama dr suma guru SMK Pamol bg mmastikan jangkaan sya tidak blaku.

    ReplyDelete
  2. Saudara ku, gunakan lah kemudahan yg di berikan dengan sebaik mungkin bukan dengan cara salah. Kalau -ve yg kita nak dapat lah -ve tapi kalu nak +ve dapatlah +ve.. anda berminat nak mendalami ilmu it boley berhubung dengan saya.

    ReplyDelete