Selamat Datang Ke Blog SMK Pamol

Blog Rasmi SMK Pamol
Tel/Fax : 089-515575
Email : smkpamolbeluran@gmail.com

Sep 1, 2010

Merdeka

Tanggal 31 ogos setiap tahun merupakan hari sambutan kemerdekaan bagi Malaysia. Tidak terkecuali juga bagi SMK Pamol, walaupun berada di lokasi agak jauh daripada kemudahan namun sambutan malam ambang kemerdekaan tetap dilaksanakan.
Berbeza dengan lokasi-lokasi lain di seluruh pelusuk tanah air yang rata-rata membuat sambutan dengan cara hiburan, keseronokan, bunga api, nyanyian serta tarian tetapi di SMK Pamol sambutan dibuat dengan menganjurkan majlis bacaan yaasin dan tahlil. Dengan bacaan itu sekurang-kurangnya dapat memberi sumbangan dan mengingati para pejuang tanah air yang telah gugur kerana menuntut kemerdekaan walaupun selama ini kita beranggapan kemerdekaan Malaysia tanpa sebarang pertumpahan darah.
Diharapkan dengan majlis bacaan yasiin dan tahlil tersebut dapat memberi keberkatan kepada negara Malaysia yang tercinta ini.
Sekian terima kasih.









No comments:

Post a Comment