Selamat Datang Ke Blog SMK Pamol

Blog Rasmi SMK Pamol
Tel/Fax : 089-515575
Email : smkpamolbeluran@gmail.com

Aug 31, 2010

Majlis Penyerahan Netbook

Pada 30 Ogos 2010 di dewan SMK Pamol telah berlangsungnya majlis penyerahan netbook kepada para pelajar. Majlis simbolik penyerahan itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Surady Kayong ( N39 Sugut ).
Diharap para pelajar yang telah mendapat kemudahan tersebut dapat menggunakannya ke arah meningkatkan kemajuan dalam bidang pelajaran.
Berikut dilampirkan foto-foto sekitar majlis tersebut:




















Aug 27, 2010

DENGGI


Penyemburan Nyamuk ( Fogging )

Seorang pelajar tingkatan 5 SMK Pamol telah dijangkiti demam denggi pada minggu lepas. Pada peringkat awalnya pelajar tersebut mengalami simptom seperti demam-demam biasa dan selsema. Namun setelah membuat pemeriksaan di klinik berdekatan ianya disahkan dijangkiti demam denggi. Ekoran itu hari ini kakitangan Kementerian Kesihatan telah datang menyembur asap untuk membunuh nyamuk dan jentik-jentik (fogging) pada petang ini.

Dengan itu juga disarankan agar warga sekolah agar menjaga kebersihan dengan tidak membiarkan air yang bertakung di mana-mana sahaja.

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan sekolah...

MERDEKA !!!

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari Kemerdekaan

Panitia Pendidikan Islam SMK Pamol akan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53. Butiran majlis ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : Selepas Solat Terawih
Tempat : Surau SMK Pamol

Semua guru yang beragama Islam dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Diharapkan semua guru tidak melepaskan peluang ini dalam menambahkan lagi ibadat kita. Guru-guru diminta untuk membawa surah yasiin masing-masing. Para ibu-bapa juga digalakkan hadir untuk lebih merasai terawih bersama anak-anak anda.

1 Malaysia, Menjana Transformasi

Sekian Terima Kasih

PENGUMUMAN TERKINI TERNOW!!!

Majlis Pengagihan Komputer 1 Malaysia

Tempat : Dewan SMK Pamol
Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : 8 pagi - 4 petang
Perasmi : YB Datuk Hj Surady Kayong

Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.

*Kepada sesiapa yang terbaca notis ini, sila war-warkan.

Aug 23, 2010

Pendaftaran Netbook 1 Malaysia




Pada hari ini telah berlangsungnya pendaftaran bagi pelajar yang mendapat netbook daripada SKMM. Ketika berita ini ditulis, pendaftaran ini sedang langsung di dewan SMK Pamol dan dijangkakan akan berakhir menjelang petang nanti. Di samping itu para pelajar juga didaftarkan untuk pakej rangkaian internet jalur lebar ( broadband) dengan harga RM 11 sebulan. Penulis mendapati sambutan daripada ibu/bapa amat menggalakkan sehingga terdapat sedikit kesesakan di atas pentas pendaftaran. Namun begitu tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat sumbangan tersebut dan gunalah kemudahan itu dengan baik ke arah mencapai kecemerlangan secara total.

Aug 20, 2010

Pendaftaran Netbook 1 Malaysia

MAKLUMAN PENTING


Kepada para pelajar yang bakal menerima netbook 1 Malaysia, anda dikehendaki hadir bersama ibu/bapa/penjaga di SMK Pamol untuk urusan pendaftaran penerimaan tersebut. Butir-butirnya adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 Ogos 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dewan SMK Pamol
Masa : 7.00 pagi - 4.30 petang ( tertakluk kepada perubahan )

Diharapkan anda membawa dokumen-dokumen serta borang yang telah disertakan untuk tujuan tersebut. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyulitkan keadaan.
Kepada sesiapa yang membaca notis ini, sila war-warkan kepada individu-individu yang berkenaan.

Sekian Terima Kasih.

Aug 18, 2010

MOREH










Kebiasaannya mengikut adat masyarakat melayu nusantara, bila mana selepas selesainya solat sunat terawih di masjid atau pun surau maka dihidangkan juadah-juadah masakan melayu sebagai santapan yang dimakan secara beramai-ramai oleh ahli jemaah. Begitu juga konsepnya di surau SMK Pamol ini yang mana, amalan moreh ini terus subur di amalkan oleh para jemaah.
Secara umumnya amalan moreh di sini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar mahupun warga pendidik.
Ironinya moreh ini haruslah kita perluaskan lagi bukan hanya dalam kontek ramadhan dan terawih sahaja.

Terawih









Di bulan ramadhan yang mulia ini, umat islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat terawih. Terawih bermaksud rehat iaitu bersolat secara rehat tidak perlu tergesa-gesa untuk menyelesaikannya. Solat sunat terawih boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat, jika anda malas boleh dibuat 8 rakaat, jika anda malas juga...tak payah buat langsung.

Di SMK Pamol juga aktiviti menunaikan solat sunat terawih dibuat secara berjemaah dan diimamkan oleh Ust Norazman, Ust Hafiz, Ust Tajuddin, Ust Suhaimi, Ust Nor Rahman secara bergilir-gilir. Penglibatan para pelajar juga agak menggalakkan.

Aug 17, 2010

Netbook 1 Malaysia






Gambar di atas menunjukkan para pelajar berasak-asak untuk memastikan nama mereka tersenarai dalam pemberian netbook 1 Malaysia.
Seramai 526 pelajar SMK Pamol telah disenaraikan sebagai penerima netbook 1 malaysia daripada SKMM. Senarai pelajar ini adalah mengikut kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan sebagainya. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga 6 Atas.
Pemberian netbook ini merupakan langkah kerajaan untuk menaiktaraf pendidikan di kawasan pedalaman agar ianya seiring dengan era globalisasi. Seharusnya pelajar yang menerima sumbangan tersebut agar menggunakannya secara optimum ke arah kebaikan bukan hanya sekadar mendengar lagu, main game dan menonton wayang semata-mata.
Penggunaannya juga seharusnya selari dengan dasar Kerajaan yang mahukan pelajar di pedalaman mendapat manfaat daripada kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi walaupun sedikit terpinggir dari segi infrastruktur. Para pelajar yang mendapat sumbangan netbook ini disarankan agar menjaganya dengan baik dan menggunakannya ke arah untuk mencapai kecemerlangan.

Tadarrus Al-Quran

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, panitia pendidikan Islam telah menganjurkan program tadarrus Al-Quran yang berlangsung setiap hari pada jam 10.20 pg sehingga 10.50 pagi bagi peringkat menengah rendah. Manakala bagi peringkat menengah atas, program ini diadakan selepas solat Asar. Program yang diketuai oleh Ust Shahriman Daud mendapat sambutan yang kurang menggalakan daripada para pelajar Muslim. Kenapa hal ini berlaku? Seelok-eloknya pada waktu tersebut yang merupakan waktu rehat bagi para pelajar, ia patut diisi dengan aktiviti ilmiah sebagaimana yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Penulis sempat merasai sendiri situasi tersebut dan berjaya merakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pembaca. Daripada foto tersebut, pembaca seharusnya boleh menilai bagaimana sambutan terhadap program tadarus tersebut....
Kenapa ini terjadi..?? anda cari jawapannya...

Aug 16, 2010

Excel Menengah Atas

Peperiksaan excel bagi menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 sedang dijalankan. Didapati pada peringkat awal ini, pelajar tekun menjawab soalan-soalan yang telah disediakan. Periksaan ini sebagai menentukan hala tuju pelajar tersebut terhadap peperiksaan SPM yang sebenar nanti. Penulis sempat snapshot beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca blog ini. Semoga berjaya kepada anda semua yang menduduki peperiksaan...

Aug 14, 2010

Ramadhan Menjelma Lagi

Bila tibanya ramadhan, masyarakat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran...Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183).
Saat yang paling menggembirakan bagi orang-orang yang berpuasa adalah ketika berbuka dan ketika bertemu Allah S.W.T di akhirat kelak.
Pada pemerhatian penulis, suasana berbuka di SMK Pamol tidak begitu dihayati dan didapati kurang kemeriahannya. Penulis sempat meninjau keadaan pelajar asrama yang terpaksa mendapatkan mendapatkan air minuman berais di luar kerana menurutnya dewan makan tidak menyediakan minuman sejuk. Bagi pandangan penulis, dalam keadaan cuaca yang kering, minuman sejuk merupakan suatu keperluan untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa. Penulis sempat snapshot beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca sekalian cuma kebanyakannya kabur, jadi ini sahaja gambar yang agak jelas untuk tatapan saudara sekalian.

Laporan wartawan pena-global.

Suasana pelajar membeli makanan untuk berbuka.
Menjelang waktu berbuka

Pemenang Anugerah Paling Ceria


Anda kenal orang ini? kalau di dunia luar biasanya kita mengenali Mr Bean, Mr Os, Saiful Apek, Din Beramboi ( Allahyarham) semua itu terkenal kerana kerjayanya dalam sebagai pelawak dalam industri perfileman. Namun insan ini juga terkenal di SMK Pamol sebagai ' tok dalang', 'panglipur lara' dan seumpamanya. Beliau boleh hadir dengan pelbagai watak umpama seorang pelakon filem yang berpengalaman. Kadang-kadang penampilan beliau sebagai seorang intelek, kadang sebagai seorang ustaz, kadang-kadang sebagai ahli sukan, kadang-kadang sebagai seorang ahli politikus moden. Walhal kerjaya utamanya sebagai seorang guru, namun keistimewaanya yang pelbagai itu membuatkan beliau telah terpilih sebagai pemenang anugerah paling ceria untuk tahun 2010.
Sesiapa yang berkunjung ke sekolah ini tidak akan kering gusi bila mana mendengar celoteh daripada beliau walaupun dari pagi mendengarnya berlanjutan sehingga menjelang tengah hari.
Siapakah insan ini?? anda cari jawapannya.....

Aug 12, 2010

Peperiksaan Excel

Bermula pada minggu lepas, SMK Pamol telah melaksanakan peperiksaan peringkat dalaman iaitu EXCEL. Ianya dimulai dengan kelas-kelas menengah rendah pada minggu lepas dan bermula hari ini kelas menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 menduduki peperiksaan tersebut. Ia mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk dihabiskan.
Di sini disertai beberapa gambar gelagat pelajar yang mendudukinya. Didapati terdapat pelbagai ragam yang boleh diperhatikan melalui snapshot yang telah dibuat.



-laporan wartawan pena-global-