Selamat Datang Ke Blog SMK Pamol
Tel/Fax : 089-515575
Email : smkpamolbeluran@gmail.com
Nov 5, 2010
HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PAMOL 2010
TARIKH: 11 NOV 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN SMK PAMOL
MASA : 7 HINGGA 12 TENGAHARI
PERASMI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BELURAN (PPD BELURAN)
...
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN SUASANA DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA ANAK ANDA.
KEPADA SESIAPA YANG TERBACA NOTIS INI, SILA WAR-WARKAN SELURUH WARGA KAMPUNG ANDA SEKALIAN.
KEHADIRAN ANDA SEMUA AMATLAH DIALU-ALUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH
Sep 15, 2010
BERTUDUNG..???
Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang asalnya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?
Kita memang hidup dalam era serba maju
sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung
Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula
Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak "bernyawa"
Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah
Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
Pantun nie bukan rekaan ku
Cuma pedoman utk anak dan cucu
Kalau ada yg terasa terhadap ku
maaf dr hujung rambut hingga hujung kuku.
Sep 7, 2010
'IBU'
Sep 5, 2010
Selamat Hari Raya
Di kesempatan yang ada ini, seluruh warga SMK Pamol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Sep 1, 2010
Merdeka
Berbeza dengan lokasi-lokasi lain di seluruh pelusuk tanah air yang rata-rata membuat sambutan dengan cara hiburan, keseronokan, bunga api, nyanyian serta tarian tetapi di SMK Pamol sambutan dibuat dengan menganjurkan majlis bacaan yaasin dan tahlil. Dengan bacaan itu sekurang-kurangnya dapat memberi sumbangan dan mengingati para pejuang tanah air yang telah gugur kerana menuntut kemerdekaan walaupun selama ini kita beranggapan kemerdekaan Malaysia tanpa sebarang pertumpahan darah.
Diharapkan dengan majlis bacaan yasiin dan tahlil tersebut dapat memberi keberkatan kepada negara Malaysia yang tercinta ini.
Sekian terima kasih.
Penyampaian Hadiah
Aug 31, 2010
Majlis Penyerahan Netbook
Diharap para pelajar yang telah mendapat kemudahan tersebut dapat menggunakannya ke arah meningkatkan kemajuan dalam bidang pelajaran.
Berikut dilampirkan foto-foto sekitar majlis tersebut:
Aug 27, 2010
DENGGI
MERDEKA !!!
Panitia Pendidikan Islam SMK Pamol akan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 53. Butiran majlis ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : Selepas Solat Terawih
Tempat : Surau SMK Pamol
Semua guru yang beragama Islam dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Diharapkan semua guru tidak melepaskan peluang ini dalam menambahkan lagi ibadat kita. Guru-guru diminta untuk membawa surah yasiin masing-masing. Para ibu-bapa juga digalakkan hadir untuk lebih merasai terawih bersama anak-anak anda.
1 Malaysia, Menjana Transformasi
Sekian Terima Kasih
PENGUMUMAN TERKINI TERNOW!!!
Tempat : Dewan SMK Pamol
Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : 8 pagi - 4 petang
Perasmi : YB Datuk Hj Surady Kayong
Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.
*Kepada sesiapa yang terbaca notis ini, sila war-warkan.
Aug 23, 2010
Pendaftaran Netbook 1 Malaysia
Aug 20, 2010
Pendaftaran Netbook 1 Malaysia
Kepada para pelajar yang bakal menerima netbook 1 Malaysia, anda dikehendaki hadir bersama ibu/bapa/penjaga di SMK Pamol untuk urusan pendaftaran penerimaan tersebut. Butir-butirnya adalah seperti berikut :
Tarikh : 23 Ogos 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dewan SMK Pamol
Masa : 7.00 pagi - 4.30 petang ( tertakluk kepada perubahan )
Diharapkan anda membawa dokumen-dokumen serta borang yang telah disertakan untuk tujuan tersebut. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyulitkan keadaan.
Kepada sesiapa yang membaca notis ini, sila war-warkan kepada individu-individu yang berkenaan.
Sekian Terima Kasih.