Selamat Datang Ke Blog SMK Pamol

Blog Rasmi SMK Pamol
Tel/Fax : 089-515575
Email : smkpamolbeluran@gmail.com

Feb 23, 2011

Hari Kedua MSSD

Suasana mendung pada pagi hari kedua sukan peringkat MSSD Beluran bertambah meriah dengan pungutan pingat yang semakin bertambah untuk setiap kontinjen. Sehingga jam 9.20 pagi ini, SMK Pamol masih lagi mendahului jumlah pungutan pingat dengan 19 emas, 10 perak dan 2 gangsa manakala SMK Simpangan dengan 3 emas, 2 perak dan 5 gangsa. Gambar akan diupload kemudian.

Feb 22, 2011

Hari Pertama Sukan MSSD

Suasana sukan peringkat daerah beluran pd hari yang pertama cukup meriah. Setakat jam 3.30 ptg SMK PAMOL mendahului kutipan pingat 8 emas, 4 perak dan 1 gangsa. Manakala SMK SIMPANGAN di tempat ke 2 dgn 2 emas dan 2 gangsa. Acara ini dimeriahkan lg dgn kehadiran Ust Roslin dari PPD Beluran. Gambar akan di update kemudian

Feb 21, 2011

SUKAN PERINGKAT DAERAH BELURAN (MSSD)

Bermula esok 22 - 24 Feb 2011, SMK PAMOL menjadi tuan rumah bg sukan mssd peringkat daerah Beluran. Ia disertai oleh semua sekolah di dalam daerah Beluran. Tinjauan penulis mendapati telah ada kontijen yang telah tiba lebih awal di perkampungan sukan (sk&smk pamol). Bagi kategori sekolah menengah sekolah yang terlibat adalah SMK PAMOL, SMK BELURAN BESTARI, SMK BELURAN 2, SMK BALABAN JAYA, SMK SIMPANGAN dan SMK TERUSAN SUGUT. Diharapkan dengan penyertaan ini akan dapat memajukan lagi sukan sehingga ke peringkat antarabangsa.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
SEMUA DIJEMPUT HADIR UTK MEMERIAHKAN LAGI ACARA INI.

Nov 5, 2010

HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PAMOL 2010




TARIKH: 11 NOV 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN SMK PAMOL
MASA : 7 HINGGA 12 TENGAHARI
PERASMI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BELURAN (PPD BELURAN)

...
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN SUASANA DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA ANAK ANDA.


KEPADA SESIAPA YANG TERBACA NOTIS INI, SILA WAR-WARKAN SELURUH WARGA KAMPUNG ANDA SEKALIAN.
KEHADIRAN ANDA SEMUA AMATLAH DIALU-ALUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH

Sep 15, 2010

BERTUDUNG..???




Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang asalnya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak "bernyawa"

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Pantun nie bukan rekaan ku
Cuma pedoman utk anak dan cucu
Kalau ada yg terasa terhadap ku
maaf dr hujung rambut hingga hujung kuku.

Sep 7, 2010

'IBU'



Kerana kekasih
mereka buang rasa kasih
kerana mengejar cinta
kereka buang rasa cinta
cinta tanpa adab
pasti mengundang azab
bayi dibuang lagi...
ibu...
kenapa atas nama cinta yang terjalin
aku dijadikan mangsa nafsu cinta ibu
kerana sayang ibu pada lelaki itu
ibu bunuh rasa sayang padaku
yang lahir dari rahimmu
hingga ibu berlaku kejam terhadapku
sebab cinta dan rasa sayang pada lelaki itu

Ibu..
tak takutkah ibu pada amaran Allah?
dan janganlah kamu menghampiri zina
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji
dan satu jalan kejahatan
jalan membawa kerosakan

kenapa...
kenapa ibu hampiri zina itu
semata-mata kerana lelaki itu couple ibu
dan aku...
aku menjadi mangsa cinta ibu
yang lahir dari cinta tanpa adab
cinta kotor yang ibu bina
dan sekarang...
bukankah ibu telah tewas
ibu kecundang dalam pujukan cinta lelaki yang ibu sayang
dan ibu telah buktikan...
walaupun ibu telah menjadi pembunuh anakmu sendiri

lihatlah...saksikanlah...tontonilah...
"mayat baru lahir dijumpai terapung"
"pelajar buang bayi"
"bayi dalam semak"
itulah ungkapan hasil dari kasih
hasil dari sayang ibu pada lelaki itu
hingga erti kasih dan sayang ibu hilang
demi bukti pada lelaki itu

ibu...
di manakah...
siapakah...
bapaku?
kekasihmu ibu?
lelaki yang selalu mengusung ibu
kerana ingin selalu bersama ibu
yang dia dan ibu sangat cintai
lelaki yang selalu memeluk erat
katanya terlalu kasih pada ibu
benihnya subur dalam rahim ibu
untuk memenuhi nafsu serakah...
katanya cinta sejati untuk ibu

Lelaki...
lelaki durjana yang berjaya memiliki ibu
yang sebodoh dan sehina ini
ibu..kekasih ibu...
seronokkah hidup begini
hinggakan ibadat kalian benci
maksiat...
kalian jadikan amalan hidup
hingga lahirlah aku anak zina ini
berhentilah dari melakukan maksiat
hasilnya pasti perilaku kejam ini
wahai lelaki...
wahai perempuan...
yang melakukan kerja zina ini...
kamu tidak akan terlepas dari azab yang maha esa
anak yang kalian persiakan ini
pasti akan menuntut hukuman
terhadap perbuatan kalian
di hari pembalasan kelak

bertaubatlah...
jika kalian punca kemusnahan ini
tuntut ilmu...
amalkan agar menjadi panduan
hentikanlah pergaulan bebas
ia membawa ke arah kemaksiatan

Jaga aurat...
jaga aurat...
jaga aurat...
Bukan sekadar BERTUDUNG...
binalah cinta dan sayang
dalam acuan menurut perintah Allah
lengkapi cinta dengan ijab dan kabul
untuk permulaan anugerah rasa kasih sayang
agar anak tidak menjadi mangsa..
mangsa kepada cinta pujukan syaitan

dan..
jika ketika itu aku dilahirkan
akulah pelengkap kasih sayang kalian
Kembalilah...
kepada cinta yang diredhai...

Sep 5, 2010

Selamat Hari Raya

Warga SMK Pamol bercuti selama 2 minggu bermula 4/9/2010 sehingga 19/9/2010. Dengan itu blog ini juga mengambil kesempatan untuk bercuti daripada melaporkan berita-berita terkini SMK Pamol.
Di kesempatan yang ada ini, seluruh warga SMK Pamol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.